Diatas rasa tanggungjawab sesama insan,ahli Rakan Permotoran Melaka telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kerja amal.
Aktiviti ini telah dirancang pada Mesyuarat Agung RPM yang pertama.Setiap ahli juga bersetuju agar
yuran bulanan yang dibayar akan dipotong sebanyak RM2.00 seorang untuk menjalankan kerja-kerja amal ini.
Sehubungan itu,kerja amal RPM yang pertama telah dijalankan di sebuah rumah penduduk iaitu Pn.Norazia Bt. Moksin yang beralamat di 407-2,KM 7,Bertam Malim,75250,Melaka. Beliau merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak yang masih kecil mengalami masalah kerana ketiadaan suami disisi.
Lebih memeritkan,beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan yang tetap dan hanya bergantung kepada bantuan daripada MAIM dan JKM setiap bulan.
Tanggal 22 April 2012,ahli RPM telah mengunjungi beliau dan bergotong-royong menjalankan beberapa kerja iaitu :
- Membersihkan kawasan sekitar
- Membaiki kerosakan rumah
- Memberi sumbangan ikhlas berupa makanan asas
Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dana dan juga ahli RPM yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang aktiviti ini berlangsung.
Perhargaan khas juga diberi kepada Ruffey Jati kerana menaja kelengkapan kerja dan makan tengahari.
Sekiranya anda berminat untuk memberikan sumbangan kepada Pn.Norazia,anda boleh berhubung terus dengan beliau .
Nama : Pn.Norazia Bt. Moksin
Alamat : 407-2,KM 7,Bertam Malim,75250,Melaka
No. Akaun : 0401 5020 7665 84 - Bank Islam
No. Tel : 014-7322466
Sedikit sebanyak gambar aktiviti untuk tatapan semua :
| Tajaan Ruffey Jati |
| Nan FZ |
| Din Atuk tetap membantu walaupun kaki masih belum pulih |
| Ijal dengan gaya bersahaja |
| Sham,pakar trim rumput padang golf menunjukkan skill |
| Tukang kayu Kg.Padang,Abg Harry Harun... |
| Ni la student kipas yang hangat tu.. |
| Kerja tambahan luar jangkaan - tebang pokok |
| Abg kepada Badang - Wan NSR Terendak |
| Berat sama dipikul,ringan ko jinjing sorang-sorang dah la..hahaha |
| Membersihkan pokok yang ditebang |
| Bersama Pn.Norazia dan anak-anak beliau |
| Keadaan lepas kerja selesai...halus!!! |
| Ahli RPM yang terlibat |
'Keperihatinan mengukir senyuman'
Sekian saja laporan daripada saya,
Nan_fz


















