Sunday, 27 May 2012

Perkahwinan Wan MarLboro

SaLam,

Pada hari ini, kami dari warga RPM ingin mengucapkan setinggi-tahniah kepada rakan seangkatan kami Muhamad Redzuan atas penamatan zaman bujangnya. Semoga dianugerahkan kehidupan yang diberkati oleh ALLAH dan sentiasa dicucuri rahmat hingga ke akhir hayat.. Sekali lagi syabas dan tahniah dari kami.

Tidak lupa juga kepada Ahli2 RPM yang dapat hadir kerana memberi sokongan yang amat baik dan sangat2 sporting. Apa yang kurang dari kami tolong maafkan... =)

disertakan sedikit gambar dari aktiviti pada hari ini untuk tatapan semua..

RV petronas cheng... walaupon panas tetap senyum..


Abang2 hensem.. heee


Raja n Ratu pada hari ini.. 

Sesi Bergambar.. segak2.. macm POLIS.. =)

Tuan Presiden AmbiL berkat dari moto pengantin... 


Menunggu PenganTin LElaki bersiap..

Add c 3 Sedondon.. =)  ibc melaka aka RPM...


Sesi makan2.. Mr.Fazli paling seronok.. hehe



abg segak dan senyuMAn dari MARSHALL kita pada hari ini aka ejam .

waLaupon TZM problem.. still datang dengan LC.. 
attitude yg sangat bagus dari presiden.. hehe

Skuad Lalulintas...


Pahlawan yang segak.. hehe




Cepat2 ade anak yer wan~~~ =)

Sekian dari saya,

 AJK Kebajikan : din_aqu..

Sunday, 6 May 2012

Program Bersama Belia Pemikir Muda - Auto City Ayer Keroh

Salam,

Pada 28 April 2012,RPM telah menyertai program autoshow bersama Persatuan Belia Pemikir Muda , bertempat di Auto City Melaka..Aktiviti yang bermula sejak jam 4.00 ptg hingga 12.00 malam telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka,Dtk.Seri Wira Ali Rustam telah menerima kunjungan pelbagai peminat sukan permotoran tanah air.

En.Muhammad Fazli ( Fazli FZ) telah menjadi 'in charge' pada aktiviti kali ini.Jutaan tahniah dan syabas kepada beliau kerana bertungkus lumus memastikan kelancaran aktiviti sepanjang hari tersebut walaupun ketika itu  RPM menerima kunjungan daripada D'Generation Crew daripada KL.

Tidak lupa juga kepada semua ahli RPM yang memberi sokongan.Berkat kesungguhan semua ahli,RPM telah diumumkan memenangi tempat ke-3 bagi kategori 'best supporting team' dan mendapat saguhati sebanyak RM300.00 daripada penganjur.

Antara milik peserta yang hadir

Macam nak lelong

Bersama RPM,YLLC, dan Melaka Bikers

Penyeri booth RPM

Mr.Mastermind : Fazli FZ

Menarik di booth YLLC

Tahniah dan Syabas buat RPM!!!

Yang bertugas,
Nan_FZ

Ride Gegar Melaka Bersama D'Generation Crew

Salam,

Pada 28 dan 29 April 2012, RPM telah menerima kunjungan sahabat permotoran daripada D'Generation Crew yang diketuai oleh Saudara Abob dan Aloy,bertujuan mengeratkan sillaturrahim sesama bikers..Kunjungan selama 2 hari tersebut telah disambut oleh ahli RPM dengan pernuh hormat..

Kedatangan bikers daripada KL ini disambut dengan acara BBQ, dan seterusnya diiringi mengelilingi beberapa lokasi yang menarik di sekitar Negeri Melaka ini.

Antara lokasi yang dikunjungi :

1.Bukit Senjuang
2.Makam Tun Teja
3.Masjid Selat
4.Tapak Permainan Layang-Layang Melaka
5.Muzium Kapal Selam
6.Mydin MITC
7.Air Pancut Berirama Air Keroh

Semasa ride berlangsung,terdapat 2 kemalangan kecil yang melibatkan peserta,syukur kepada-Nya kerana peserta yang terlibat hanya mengalami luka ringan,maklum lah malang tidak berbau,keadaan jalan yang berpasir tidak dapat diduga..walaupun demikian,semangat yang ditunjukkan peserta amat membanggakan..

Ketika di Muzium Kapal Selam,secara tidak sengaja kami telah terjumpa dengan group Fzian Melaka yang juga sedang menerima kunjungan group FZ daripada P.Pinang.Secara tidak langsung,kami sempat berkenalan dan bergambar bersama memandangkan kami mempunyai minat yang sama.

Setinggi - tinggi tahniah kepada semua ahli RPM yang memberi komitmen 200% untuk menjayakan konvoi kali ini...perhargaan khas juga diberikan kepada Nizam Ejam kerana membenarkan kawasan rumah beliau dan kelengkapan memasak digunakan untuk aktiviti BBQ pada hari tersebut..

Ruffey Jati ketika menonton pertunjukan layang-layang

Ketika di Bkt Senjuang

Sebelum membeli-belah di Mydin

Mr.BBQ

Tuan motor semua pekena cendol masa ni

Di Tembok Kota Bkt Senjuang

Krew kapal selam darat

Bersantai di tapak EoM

Di Makam Tun Teja

Menanti isyarat 'leader' untuk bergerak


Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama kita.Bagi semua peserta,pihak RPM ingin menyusun sepuluh jari,sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau kekurangan sepanjang aktiviti ini berlangsung..Sesungguhnya yang baik itu datang daripada tuhan,dan yang buruk itu adalah daripada kami sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan...
Sekian...

Yang bertugas,
Nan_Fz