Sunday, 6 May 2012

Ride Gegar Melaka Bersama D'Generation Crew

Salam,

Pada 28 dan 29 April 2012, RPM telah menerima kunjungan sahabat permotoran daripada D'Generation Crew yang diketuai oleh Saudara Abob dan Aloy,bertujuan mengeratkan sillaturrahim sesama bikers..Kunjungan selama 2 hari tersebut telah disambut oleh ahli RPM dengan pernuh hormat..

Kedatangan bikers daripada KL ini disambut dengan acara BBQ, dan seterusnya diiringi mengelilingi beberapa lokasi yang menarik di sekitar Negeri Melaka ini.

Antara lokasi yang dikunjungi :

1.Bukit Senjuang
2.Makam Tun Teja
3.Masjid Selat
4.Tapak Permainan Layang-Layang Melaka
5.Muzium Kapal Selam
6.Mydin MITC
7.Air Pancut Berirama Air Keroh

Semasa ride berlangsung,terdapat 2 kemalangan kecil yang melibatkan peserta,syukur kepada-Nya kerana peserta yang terlibat hanya mengalami luka ringan,maklum lah malang tidak berbau,keadaan jalan yang berpasir tidak dapat diduga..walaupun demikian,semangat yang ditunjukkan peserta amat membanggakan..

Ketika di Muzium Kapal Selam,secara tidak sengaja kami telah terjumpa dengan group Fzian Melaka yang juga sedang menerima kunjungan group FZ daripada P.Pinang.Secara tidak langsung,kami sempat berkenalan dan bergambar bersama memandangkan kami mempunyai minat yang sama.

Setinggi - tinggi tahniah kepada semua ahli RPM yang memberi komitmen 200% untuk menjayakan konvoi kali ini...perhargaan khas juga diberikan kepada Nizam Ejam kerana membenarkan kawasan rumah beliau dan kelengkapan memasak digunakan untuk aktiviti BBQ pada hari tersebut..

Ruffey Jati ketika menonton pertunjukan layang-layang

Ketika di Bkt Senjuang

Sebelum membeli-belah di Mydin

Mr.BBQ

Tuan motor semua pekena cendol masa ni

Di Tembok Kota Bkt Senjuang

Krew kapal selam darat

Bersantai di tapak EoM

Di Makam Tun Teja

Menanti isyarat 'leader' untuk bergerak


Semoga aktiviti seperti ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama kita.Bagi semua peserta,pihak RPM ingin menyusun sepuluh jari,sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau kekurangan sepanjang aktiviti ini berlangsung..Sesungguhnya yang baik itu datang daripada tuhan,dan yang buruk itu adalah daripada kami sebagai hamba-Nya yang serba kekurangan...
Sekian...

Yang bertugas,
Nan_Fz


No comments:

Post a Comment