Wednesday, 9 January 2013

Ride Tahun Baru 2013

Salam..

Menjelang tahun baru 2013,ahli RPM telah mengikuti konvoi tahunan IBC seperti kebiasaannya..Berita banjir teruk di Terengganu telah menyebabkan rancangan ke Terengganu bagi konvoi kali ini terpaksa ditukar ke Kedah....maaf bebanyak buat Kembara Resort di Setiu,kerana x dapat menunaikan janji kerana banjir..

Dengan persetujuan ahli yang terlibat dalam masa yang singkat,akhirnya hanya 9 orang yang berkesempatan menjayakan ride kali ini daripada 20 orang yang telah bersetuju pada awalnya..yang x pergi tu semuanya ada alasan yang tidak dapat dielakkan..e.g kucing kat umah nak beranak..takut x sempat nak antar g spital lau join ride..hahahaha...apepun terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan konvoi kali ini....

Perhargaan tertinggi buat Mr.X(nama terpaksa dirahsiakan atas permintaan beliau),yang telah menaja penginapan serta makan minum kami....memang terbaik..

Terima kasih gak wat GMC yang telah menyambut dan mengiringi kami sepanjang jalan di Kedah,memang terbaik jalan yang korang bawak..penuh liku penawar selera tiap2 rider tegar...hahaha

Kronologi ringkas :

29.12.2012
12.30 pm-Bertolak daripada rumah saudara Ijal sempena kenduri kahwin Tharwan Karkustika
2.30 pm - Sampai di hentian Dengkil,terperangkap dengan hujan lebat dan motor salah seorang peserta mengalami kerosakan..
8.40 pm - Sampai di Dataran Changkat Jering,disambut oleh IBC Perak
11.30pm-Bergerak ke penginapan Damai Homestay di Gurun..

30.12.2012
2.00 am -Tiba di penginapan
3.00 am -TTS bersama GMC Gurun..
10.00 am-Bergerak ke Gunung Jerai
4.00 pm - Bergerak ke Pantai Merdeka
9.00 pm -Bergerak ke Pulau  Pinang
11.00pm -Tiba di pantai Sea Gate..

31.1.2013
1.30 am - Keluar daripada Pulau Pinang ke Hentian Juru
7.30 am - Sarapan di Juru
10.00 am - Tiba di Changkat Jering,Rafi Z750,Wan NSR dan Wan PLKN bergerak balik ke Melaka
12.00 am - Bersama penduduk Changkat Jering meraikan tahun baru

Nan FZ,Amir FZ dan Putera Z Gambit pulang ke selatan selepas meraikan tahun baru 2013...

Peserta :
Wan NSR,Wan PLKN,Rafi,Nan FZ(RPM&IBC Melaka) Zan,Amy Keris,Koei Sarsakul (IBC Perak),Amir dan Putera Z Gambit (IBC KL)








Sekian laporan daripada saya,
Nan_fz
-Rider Cakap Lebey-








1 comment: